Selamat datang ke laman BLOG RICHIE RACHMAN
Semoga lawatan anda dapat memberikan satu definasi yang lebih bermakna dan meningkatkan kualiti gaya hidup anda…
Sebenarnya, sudah lama saya merancang mendirikan laman blog seperti ini tapi di atas beberapa sebab ianya tertangguh dan Alhamdullilah, kini anda boleh membacanya, dari cetusan naluri saya. Dalam usaha memberikan variasi untuk pengunjung maka disediakan beberapa segmen kecil yang menarik dan boleh menyumbang idea kepada anda semua.
Sekiranya anda ingin mempromosikan produk hebat anda dalam web SENSASI, kami dengan bangganya mengalu-alukan penyertaan anda itu. Terbukti, kita seiring dan sejalan!
Semoga laman sesawang SENSASI Richie Rachman yang masih dalam proses pembinaan, akan memberi info terkini untuk semua.
SENSASI... berjaya merealisasikan impian anda…
Tuesday, May 25, 2010
KEAJAIBAN KOTA MADINAH

Menjejakkan kaki ke tanah suci adalah satu pengalaman indah yang sukar hendak dizahirkan melalui kata-kata. Terasa begitu syahdu dan mendamaikan bila bersujud di depan Kabaah. Suara hati terus bersyukur memuji kebesaran Allah tanpa henti kerana diberi kesesemaptan menjadi tetamu istimewa Allah. Airmata keinsafan mengalir tanpa diundang. Ia hadir bersama keikhlasan jiwa yang pasrah. Saat itu diri terasa sangat dekat pada Allah... subhanallah!!!
Begitulah perasaan yang tersirat dalam setiap diri individu yang berpeluang menunaikan umrah. Satu certia biasa tapi pengalaman luarbiasa bagi tetamu Allah yang buat pertama kalinya menjejakkan kaki di tanah bertuah itu. Dan saya pun tidak terkecuali melalui detik indah yang sarat dengan getaran emosi.
Insyallah, mulai keluaran ini saya ingin berkongsi pengalaman manis dan terindah ketika membuat lawatan Umrah dan Ziarah yang dikelolakan oleh Andalusia Trevel and Tours Sdn Bhd. Semoga catatan ini boleh dijadikan sebagai infomasi kepada anda yang sedang merancang hendak mengikuti kembara Penyucian Jiwa Di Tanah Suci.
Mengembara adalah adalah hobi saya. Sejak menuntut di Perancis dahulu lagi saya banyak mengembara di negara asing. Antara kota-kota utama yang pernah saya singgah termasuklah London, Paris, Amsterdam, Geneva, Milan, Istanbul dan banyak lagi kalau hendak disebut di sini. Alhamdullilah! banyak menggembara luas pengetahuan.
Pada awal tahun lepas saya berpeluang mengikuti kursus ESQ -165. Fakta yang disampaikan begitu menusuk ke dasar jiwa saya. Dalam linangan airmata keinsafan itu hati terus memanjat doa, “Ya Allah suatu hari nanti, Kau berikan aku rezeki untuk menjadi tetamumu di tanah suci…”
Teringatkan baginda Rasullah air mata boleh mengalir dengan sendirinya. Biapun saya sedar pada hakikatnya duit sering tak mencukupi tapi doa saya tidak pernah berhenti. Rezeki itu datang tanpa di sangka-sangka. Tiba-tiba saya dipilih mengikuti Kembara Andalusia. Sangat gembira dapat menunaikan umrah ke tanah suci. Dan tak sangka begitu cepat Allah menunaikan permintaan saya. Alhamdulilah...
Bila saya berdiri menghadap Masjid An-Nabawi hati melonjak gembira, inilah hadiah paling bermakna dalam hidup saya. Begitu juga apabila bersujud di depan Kabah terasa begitu dekat dengan ALLAH..... satu pengalaman yang sungguh menakjubkan.
Keajaiban Kota Madinah
Pesawat Saudi Arabia yang mendarat di lapangan terbang King Abdul Aziz Jeddah sekitar pukul 9 malam waktu tempatan selepas hampir 10 jam penerbangan dari KLIA. Tidak ada keistimewaan di lapangan terbang itu, hanya sebuah bangunan yang sederhana dan tidak terlalu besar, dibandingkan KLIA. Setelah melalui proses imigrasi yang ketat dan mengambil masa yang panjang, kami seramai 41 orang jemaah dijemput oleh dua orang mutawir dengan bus yang selesa. Perjalanan diteruskan menuju ke Madinah. Jarak Jeddah-Madinah mengambil masa sekitar 5 jam. Sepanjang perjalanan yang ditemani kegelapan malam dan merentasi padang pasir dan bukit batu. Hanya sesekali melalui kawasan penempatan yang indah bercahaya menghilangkan kebosanan. Tubuh yang letih dan perjalanan panjang maka kami melayan kehendak mata, tidur !
Madinah al-Munawwarah merupakan salah satu provinsi Arab Saudi yang terletak di pantai barat, pesisir Laut Merah. Kota ini dianggap paling suci yang kedua bagi umat Islam kerana di sini terletaknya Masjid an-Nabawi, dimana terdapat makam Nabi Muhammad SAW. Masjid itu dibina di atas tapak bekas rumah Rasulllah. Rumah baginda kemudiannnya menjadi sebahagian daripada bangunan masjid apabila ia perbesarkan oleh Khalifah Al Walid ibni Abdul Malik daripada Kerajaan Ummaiyyah.
Kota ini merupakan tempat hijrah Nabi Muhammad SAW, dari Makkah setelah dikejar kaum Kafir Kurais. Semasa Baginda menjalankan dakwah selama 10 tahun di kota Madinah, maka berdirilah Masjid An Nabawi atau Masjid Haram An Nabawi yang dibina oleh Nabi Muhammad SAW beserta para sahabatnya. Pembangunannya dimulai pada bulan Rabiul Awal tahun 1 H (September 662M).
Peletakan batu pertama dilakukan oleh Nabi SAW diikuti oleh para sahabat, Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali. Pada awalnya Masjid ini sangat kecil. Tiang-tiang dibuat dari batang kurma sementara bumbungnya dari pelepah kurma yang dibakar. Di kota Madinah Al Munawwarah inilah Nabi Muhammad SAW wafat. Keistimewaan masjid An Nabawi ini adanya makam Nabi Muhammad SAW, dan sahabatNya Abu Bakar dan Umar. Makam ini mudah dikenal dari luar kerana kubah besar berwarna hijau diatasnya dan juga merupakan satu-satunya kubah yang berwarna hijau di kota ini. Juga disitulah terletaknya Raudah dekat makam Nabi Muhammad SAW yang dipercaya nantinya merupakan sebahagian dari taman di surga.
Menjelang waktu subuh rombongan kami sampai di kota Madinah dan kami terus `check in` di Hotel Al Syafol yang berdekatan dengan Masjid Haram an-Nabawi. Pemandangan masjid itu sungguh menkagumkan seolah-olah seperti bercahaya. Selepas membersihkan diri, kami tidak sabar hendak menunaikan solat subuh berjemaah dalam masjid yang memiliki 10 menara besar dan ribuan tiang pilar dibalut dengan kuningan keemasan, terserlah kemegahannya.
Selepas bersarapan kami berkumpul di lobi hotel untuk acara menziarahi tempat bersejarah. Mutawif Iskandar sudah sedia menunggu kami. Lawatan pra sejarah pertama, mengunjungi makam Nabi Muhammad SAW, dan sahabatnya Abu Bakar dan Usman yang letaknya didalam Masjid. Tempat ini disebut juga sebagai Raudah atau Taman Surga, yang dulunya merupakan rumah Nabi Muhammad SAW. Semua pintu rumah yang kini menjadi makam, disalut dari emas. Begitu pula dengan mimbarnya yang terletak dibagian depan. Seorang polis berjaga di mimbar dan seorang polis lagi berjaga di makam Nabi Muhammad SAW.
Hati bergetar apabila melangkah menghampiri makam baginda. Dalam hati terus berzikir memuji kebesaran Ilahi yang melambai kehadiran kami ke sini. Rasa sebak dan pilu silih berganti kerana dapat bertemu baginda biarpun hanya makamnya sahaja. Setelah melaksanakan Solat Sunat dan berdoa di depan mimbar dan raudah, kami rasa berat hati hendak meningglakan masjid yang indah itu.
Lawatan hari pertama diteruskan ziarah ke Baqi, tempat pemakaman para keluarga Nabi dan sahabat-sahabatnya. Ia terletak sekitar 200 meter dari Masjid Nabawi. Ribuan pemakaman terlihat di gurun pasir yang berbatuan ini. Tidak ada tulisan diatas makam tersebut. Hanya pasir dan diatasnya batu gunung berukuran kecil yang dijadikan sebagai batu nisan. Ukurannyapun tidak sama.
Keesokan harinya, sekira pukul 7.30, selepas bersarapan kami pun melakukan ziarah ke tempat-tempat bersejarah yang telah diatur oleh Andalusia. Jadual ziarah kami padat. Antara distinasi menarik seperti Masjid Quba, masjid pertama didirikan oleh Nabi Muhammad SAW, Masjid Tujuh, Bazar kurma, Jabal Uhud, makam para Suhada Uhud dan singgah bersolat di Masjid Qiblatain.
Kami merasa bangga dibawa melawat ke kilang percetakan Al-Quran. Tidak pernah terfikir akan melihat sendiri bagaimana proses percetakan kitab ulung agama Islam itu dilakukan. Kilang milik kerajaan ini tidak membenarkan kaum wanita memasuki bangunan percetakkan. Teknologi moden dan canggih digunakan dalam kawasan berhawa dingin. Al Quran turut di terjemahkan dalam semua bahasa di dunia ini kecuali bahasa Malaysia ( Mungkin Bahasa Melayu dan Indonesia adalah serumpun). Ramai yang membeli naskah al Quran sama ada untuk koleksi peribadi ataupun dihadiahkan ke masjid.
Perjalanan hari itu diteruskan menuju ke Jabal Al Baydo atau Bukit Magnet, satu penemuan baru kita-kira dua tahun yang lalu dan bukan tempat bersejarah tapi sebagai satu tarikan pelancong. Lawatan ini di luar program lawatan yang disediakan, maka pemandu bas yang membawa kami meminta tambahan sekitara 20 Rial seorang (lebih kurang RM 20).
Bukit di Jabal Al Baydo ini mengandungi magnet dan emas. Meskipun jalannya, lebar, bagus dan rata, namun untuk menuju ke sana, pemandu terpaska memandu dalam keadaan `berat` sehingga petrol tidak mampu membantu kelajuan bas. Sedangkan pedal petrol sudah ditekan habis.
Kebetulan saya dan Syed Afdal ( teman sebilik) mengambil posisi tempat duduk paling depan dan dapat melihat sendiri di meter bas itu. Jarum itu hanya menunjukkan angka 40 walaupun pedal telah di tekan sekuat mungkin. Timbul rasa keajibannya. Siapakah yang menarik bas sebesar itu? Sementara di kiri dan kanan jalan tidak terlihat bangunan cuma ada bukit berbatuan berwarna coklat kemerah-merahan sahaja.
Dua jam kemudian perjalanan kami pun sampai di ujung lokasi yang berbentuk `U turn’ besar, sebagai jalan berpusing. Bas berhenti seketika dan memberi peluang kepada ahli rombongan untuk turun dan berehat seketika di tempat rekreasi yang menjadi tumpuan warga tempatan berkhemah di hujung minggu ataupun di hari cuti umum. Tersedia tapak-tapak khemah dan kegiatan aktiviti lasak, seperti memandu motor di padang pasir, menunggang unta dan sebagainya.
Setelah berfoto-foto, kami kembali menaiki bas, untuk kembali ke hotel. Saya tetap mengambil posisi di sisi pemandu. Setibannya di kawasan yang mempunyai kuasa magnet itu, enjin bas tetap dihidupkan untuk penghawa dingin. Sementara pemandu mulai menurunkan brek tangan dan memasukkan gear satu bagi mengerakkan dan memutar stereng bas. Bila keadan bas sudah lurus, gear bas langsung di `free`kan, sementara pedal petrol dilepaskan. Sungguh menakjubkan bas yang mengangkut 43 orang penumpang itu bergerak dengan sendirinya ke depan. Kelajuan bas itu terus bertambah hingga mencecah120 Km lebih. Semakin lama, kelajuan bas terus bertambah. Pemandu terus berusaha mengendalikan stering. Dan sesekali ia menekan break.
Menurut keterangan pemandu pelancong, kawasan tersebut mengandungi emas dan baru ditemukan dua tahun terakhir ini. Kawasan itu dikenalpasti, setelah salah satu helikopter yang melintas dikawasan itu jatuh terhempas, kerana tersedut daya magnet.
Bersambung...
Menarik siri akan datang:
Catatan siri ke dua:
Kembara Andalusia ini diteruskan menjejakai nostlagia pra-sejarah umat Nabi Salleh a.s. yang dikenali sebagai Kaum Tsamud. Disebabkan kemungkarannya maka umat itu dilenyapkaan dari muka bumi ini. Namun tamadun yang dibina ketika itu menjadi satu keajaiban dunia. Saksikan keajiban di tempat-tempat menarik di sekitar Madian Salleh.
Subscribe to:
Comments (Atom)